Selasa, 12 Mac 2013

...CASANOVA...

Apa yang best pasal CASANOVA ni eks? Nape setengah2 lelaki bangga utk mendapatkan title it (bangga ker??) huhuu kena tanya empunya diri lah eks...

Aku selalu mengelakkan diri dr berkenalan ngan lelaki yg ber'title' ini... Dari zaman sek lagi..aku akan tolak semua 'lamaran' utk 'berkawan' oleh manusia bernama lelaki... hahhaha... tapi sebenarnya diri ini mudah terpikat ngan kaum adam...  maka ramai lelaki akan nampak aku ialah seorang budak perempuan yg sgt susah nak d dekati... aku suka berperwatakkan kasar d depan lelaki... hanya kwn perempuan ku tahu bertapa manja n gediksnya aku..

Nak kata aku takde kawan lelaki, ramai ajer.. n mereka semua selesa nak lepakkan diri d rumah ku... Sib baik mama seorang yg sporting (ye kot...heheh) dan bagi aku.. kawan hanya kawan.. maka sampai ke sudah aku x punyai 'teman istimewa'....

Kekadang ada juga perasaan untuk bercinta bila tengok kawan2 lain ngan pasangan mereka. Tapi, sometimes aku rasa sangat selesa as a single girl...mungkin sbb geng2 aku kebanyakkan ialah single n kami selalu hangout sesama n having good time with our activities.

Makcik2 ku selalu kata zaman sek bukan masa utk cari kekasih, tunggu masuk University, mesti banyak pilihan.... hahahahha... sampai ke alam pekerjaan aku tetap ngan status single aku. Yang menggelabah ialah mama n tok mama ku (nenek), sbb aku mcm ialah enjoy with my life.

Dalam diam2 rerupanya mak merancangkan perkenalan aku dgn anak kawannya. Satu pagi (mmg pepagi sesangat), aku dapat msg dari nombor yang aku tak kenali. Aku jenis pantang kalo ada lelaki dapat nombor phone aku tanpa pengetahuan aku... confirm ler kena maki laki tu... pada mulanya aku ingatkan kawan aku nak kenakan aku... maka aku malas nak melayan, sbb TIDUR ialah penting utk aku (aku keje petang, maka pg ialah masa tidur ^_^).....

Tetiba selepas sejam aku tak melayan massage dari 'hantu' itu, kawan mama call aku... erksss napekah??? Wahahahhaa pepagi aku kena ceramah sama kawan mama, sbb aku maki orang .... Lalalalala... mana ler aku tahu, kalau kasi tahu awal2 kat aku... boleh ler aku bersedia... ni tetiba pepagi buta 'hantu' hantar msg kata nak berkenalan... GILERRR apa!!!

Bermulalah perkenalan ngan lelaki itu (anak kwn mama), pada mulanya lepas tgk gambar dia... aku ialah... huhuhuu mcm nak tak nak utk terus berkawan, tapi sbb tak nak malukan mama, aku teruskan berkawan. After 2 weeks berkenalan melalui phone, kami keluar berjumpa. Ok ler...

Lelama, aku mula suka dia... mungkin sbb dia pandai main kata2 or sbb cerita sedih dia... entah... tapi aku rasa lebih kepada kesian dekat dia... hurrmm... Sampai lah aku tgk dia mcm nak jauhkan diri dari aku.. dan aku siasat sampai aku puas hati... Rupa2nya dia jenis CASANOVA.. yang MANIS BERKATA2 dan PEMINTA SIMPATI... dalam masa berkenalan ngan aku, dia pasang lagi perempuan lain... THAT'S IT!!! Memang aku sangat keciwa n GERAM, SAKIT HATI!!!

Alhamdulillah, mama sentiasa bersama aku.. Sahabat handai aku... n ALLAH... Aku banyak mendekati ALLAH, Alhamdulillah tak teruk sangat keciwa aku.. and aku rasa sangat tenang... dan aku terus dengan dunia aku yg happy good lucky.. dan aku malas nak fikir pasal jodoh.. yang aku tahu aku nak duit jer n ENJOY!!! hahahaha....

Maka.. Nasihat aku kepada semua... Dalam berjaga2 n berhati2 dari berkenalan ngan orang salah.. ALLAH tetap akan uji kita berkenalan ngan manusia ini...Nak uji mcm mana kita menghadapi ujian NYA. Dan memberi kita pengalaman dalam kehidupan. Yang penting.....WE HAVE TO ENJOY WITH OUR LIFE.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan